Soalan 2 (d) Puisi Tradisional
(i) Terangkan maksud rangkap pertama pantun di atas.
(i) Terangkan maksud rangkap pertama pantun di atas.
[3 markah]
(ii) Bagaimanakah anda dapat memanfaatkan alam supaya dapat dijadikan guru dalam kehidupan anda?
[3 markah]
(i) Jelaskan bentuk "Pantun Enam Kerat" di atas.
[3 markah]
JAWABAN
(i) MAksud rangkap pertama ialah penulis pantun berani menghadapi segala cabaran dalam kehidupannya. Selain itu, dia beranggapan bahawa ancaman dan kesusahan itu menjadikannya tabah menghadapi cabaran hidup. Yang paling penting, penulis mahu mencapai cita-citanya.

(ii) PAda pendapat saya, alam dapat dijadikan guru dapat direalisasikan jika saya memerhatikan kebesaran alam jika dibandingkan dengan manusia sehingga manusia seperti saya akan berasa kecil jika dibandingkan dengan alam semila jadi. Apabila melihat alam semula jadi semakin tercemar, saya akan berusaha mendalami ilmu sains dan teknologi demi menyelamatkan alam daripada terus terancam oleh pencemaran. Apabila melihat keindahan alam dan kemesraan antara flora dan fauna, saya dapat berasa insaf akan kepentingan bersatu padu kerana dalam kehidupan ini, kehidupan antara sesama makhluk sememangnya saling memerlukan.
(iii) Pantun ini memiliki bentuk yang terikat atau tetap kerana terdiri daripada enam baris serangkap yang menepati ciri-ciri pantun enam kerat. Dalam setiap rangkap, tiga baris pertama ialah pembayang manakala tiga baris berikutnya ialah maksud penyampai atau isi pantun. Pantun ini amat terikat kerana rima akhirnya a,b,c,a,b,c dan menepati ciri-ciri puisi Tradisional.

0 comments:
Post a Comment